Tuesday, 25 August 2015

Latihan Tarian Rampai

2 hb Ogos 2015 nanti anak- anak PPKI Sk Tunku Munawir akan mewakili Kuala Pilah ke Pertandingan Tarian. Anak- anak sedang giat berlatih..

Semoga mereka ingat step...good luck!



Monday, 24 August 2015

Sejarah Program Pendidikan Khas SK. Tunku Munawir

Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir adalah antara sekolah perintis Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mulai tahun 1989 di Negeri Sembilan. Nama asal kelas ini adalah TAR (Terencat Akal Ringan).

Guru- guru yang menjalankan program ini dipilih daripada guru- guru Pendidikan Khas yang berpengalaman. Diharapkan guru yang telah lama berkhidmat dengan anak- anak ini akan dapat menangani dan menghidupkan kelas baru ini.

Pada awal tahun 1993, nama TAR ini diubah kepada Kelas Pendidikan Khas Kanak -kanak Bermasalah Pembelajaran sehinggalah pada awal tahun 1998 nama kelas ini ditukar lagi kepada Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Nama ini dipakai sehingga tahun 2007.

Pada penghujung tahun 2007 sudah ada yang menggunakan program PKBP dengan nama Program Pendidikan Khas Integrasi.

Sehingga Ogos 2015, seramai 22 orang murid berkeperluan khas menerima pendidikan di PPKI SK. Tunku Munawir.
PPKI SK. Tunku Munawir menyediakan 3 buah kelas. Kelas Bunga Matahari, Bunga Raya dan Bunga Orkid.
Murid- murid yang terdapat di PPKI SK Tunku Munawir ini terdiri daripada pelbagai jenis kurang upaya seperti Autisme, ADHD, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran yang lain.



Tenaga Pengajar dan Pembantu












Murid- murid Sesi 2015






















Tarian Mas Mona Murid PPKI.


Tarian ini dibuat khas sempena Majlis Anugerah SK Tunku Munawir 2014
Siapa sangka anak murid boleh buat dengan sangat baik.
Kredit kepada Pn. Siti Suhaila Md Din atas tunjuk ajar.

Hafiz Muklas murid Autisme.. sangat tekun. Hafal langkah- langkah.

Hafiz Nordin, murid bermasalah pembelajaran. Baru masuk beberapa bulan. Ayah sangat terkejut kerana perubahan yang sangat banyak pada anak dia. Murid yang sangat pendiam dan pemalu buat persembahan. Kami guru- guru pun sangat terharu dan sebak,

Aleya Maisara, murid CP. Pergerakan yang terbatas..namun, boleh juga tunjuk gerak tari yang sangat baik. Siapa menduga???

Tahniah anak- anak murid ku.

Selamat Datang ke PPKI SK Tunku Munawir


PPKI SK Tunku Munawir
72200 Kuala Pilah
Negeri Sembilan