Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir adalah antara sekolah perintis Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mulai tahun 1989 di Negeri Sembilan. Nama asal kelas ini adalah TAR (Terencat Akal Ringan).
Guru- guru yang menjalankan program ini dipilih daripada guru- guru Pendidikan Khas yang berpengalaman. Diharapkan guru yang telah lama berkhidmat dengan anak- anak ini akan dapat menangani dan menghidupkan kelas baru ini.
Pada awal tahun 1993, nama TAR ini diubah kepada Kelas Pendidikan Khas Kanak -kanak Bermasalah Pembelajaran sehinggalah pada awal tahun 1998 nama kelas ini ditukar lagi kepada Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Nama ini dipakai sehingga tahun 2007.
Pada penghujung tahun 2007 sudah ada yang menggunakan program PKBP dengan nama Program Pendidikan Khas Integrasi.
Sehingga Ogos 2015, seramai 22 orang murid berkeperluan khas menerima pendidikan di PPKI SK. Tunku Munawir.
PPKI SK. Tunku Munawir menyediakan 3 buah kelas. Kelas Bunga Matahari, Bunga Raya dan Bunga Orkid.
Murid- murid yang terdapat di PPKI SK Tunku Munawir ini terdiri daripada pelbagai jenis kurang upaya seperti Autisme, ADHD, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran yang lain.
No comments:
Post a Comment