Monday, 1 August 2016

Persaraan Pak Mus @ Cikgu Mustaffa Bin Mohd Said















Warga PPKI SK. Tunku Munawir telah kehilangan seorang insan yang sangat disayangi.
Pak Mus akhirnya telah bersara dari dunia pendidikan.
Kehadirannya dalam mewarnai dunia anak- anak Pendidikan Khas tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.
Hanya Allah yang dapat membalas segala budi dan bakti beliau dalam dunia pendidikan khas.
Anak- anak PPKI pasti akan merasa kehilangan beliau..
Tegas tak bererti tak sayang
Pukul tak bererti untuk mendera

Selamat Bersara Pak Mus!
Didoakan Pak Mus akan diberikan kesihatan baik dan bergembira disamping keluarga tercinta.
Ingat kami dalam doamu.
Terima kasih kerana telah banyak memperjuangkan hak anak- anak PPKI selama ini.