PPKI SK. Tunku Munawir menyediakan 3 buah kelas. Kelas Bunga Matahari, Bunga Raya dan Bunga Orkid. Murid- murid yang terdapat di PPKI SK Tunku Munawir ini terdiri daripada pelbagai jenis kurang upaya seperti Autisme, ADHD, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran yang lain.
Monday, 1 August 2016
Persaraan Pak Mus @ Cikgu Mustaffa Bin Mohd Said
Warga PPKI SK. Tunku Munawir telah kehilangan seorang insan yang sangat disayangi.
Pak Mus akhirnya telah bersara dari dunia pendidikan.
Kehadirannya dalam mewarnai dunia anak- anak Pendidikan Khas tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.
Hanya Allah yang dapat membalas segala budi dan bakti beliau dalam dunia pendidikan khas.
Anak- anak PPKI pasti akan merasa kehilangan beliau..
Tegas tak bererti tak sayang
Pukul tak bererti untuk mendera
Selamat Bersara Pak Mus!
Didoakan Pak Mus akan diberikan kesihatan baik dan bergembira disamping keluarga tercinta.
Ingat kami dalam doamu.
Terima kasih kerana telah banyak memperjuangkan hak anak- anak PPKI selama ini.
Labels:
Pengurusan,
Program
Location:
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment